Vitamin/ Suplemen Antenatal

Ada 4 jenis vitamin yang dibekalkan oleh klinik kerajaan semasa kunjungan antenatal.

Folate

Folate adalah sumber semulajadi vitamin B9 boleh didapati daripada makanan seperti sayuran hijau dan kekacang. Ianya diperlukan untuk menghasilkan DNA dan sel darah merah. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf ( NTD) , otak (anencephaly) dan saraf tunjang (spina bifida) Kajian telah menunjukkan bahwa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70%. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid folik semasa hamil. Secara semulajadi sumbernya boleh diperolehi daripada sayuran berdaun, jus orange dan kekacang.

Ferum / Zat Besi

Tambahan ferum diambil sewaktu hamil kerana keperluan ferum ketika ini adalah lebih tinggi daripada yang biasa terkandung dalam diet. Namun mengambil ferum tambahan akan menyebabkan najis lebih gelap dan lebih keras, oleh itu perlu meningkatkan pengambilan cecair dan serat di dalam diet.

Suplemen ferum harus diambil masa perut dalam keadaan kosong sebelum makan, agar dapat diserap oleh tubuh dengan lebih baik. Untuk dos kecil memang tidak masalah mengambilnya setelah makan, tapi bila suplemen ferum diperuntukkan bagi pesakit anemia, maka harus diambil sebelum makan dan terpisah dengan suplemen lain, terutama kalsium dan vitamin E. Terlalu banyak minuman berkafin boleh mengurangkan keupayaan usus untuk untuk meyerap zat besi.

Foods that contain a high level of iron include leafy green vegetables, red meat, pulses, fortified cereals and dried apricots. To help your body absorb iron you should combine these foods with those rich in vitamin C, such as citrus fruits or juice, tomatoes, broccoli or cabbage. It is recommended that pregnant women avoid eating liver as although this is rich in iron it may have adverse health effects during this sensitive time.

Vitamin C

Vitamin C memang tidak memerlukan lemak untuk melarutkannya dalam tubuh. Tapi sebahagian besar vitamin C bersifat asid, maka sebaiknya diambil sesudah sesudah makan untuk mengelakkan iritasi pada perut, terutama pada pesakit gastrik. Buah-buahan berwarna terutama citrus dan sayur-sayuran adalah sumber semulajadi Vitamin C.

Vitamin B Kompleks -Vitamin B kompleks sering menyebabkan mual ringan. Hal ini dapat dielakkan dengan mengambil vitamin B kompleks dengan makanan ringan. Tapi jangan makan makanan berminyak karena akan mengganggu penyerapan.

| Tagged , , , , | Leave a comment

Apakah Risiko hamil di Usia 40-an ?

Kesuburan wanita akan mula menurun selepas berusia 35 tahun. Ini berpunca dari masalah telur-telur/ovum-ovum yang kurang respon kepada hormon FSH yang penting untuk perkembangan mereka. Disamping itu juga jumlah ovum-ovum sudah berkurangan. Ketidakkesuburan ini ditunjukkan dengan haid yang tidak menentu.

Berlainan dengan kesuburan lelaki, sperma-sperma baru sentiasa terhasil setiap 90 hari dan tidak pupus sampai ke tua.

Wanita yang sudah berusia jika hamil mempunyai beberapa risiko;

1. Risiko peringkat awal mengandung adalah termasuk keguguran, anak pramatang, kembar dan uri rendah. Ini berpunca dari masalah genetik yang mana persenyawaan tidak terjadi secara normal dan juga kemungkinan fibroid pada rahim yang mengganggu kandungan.

2. Risiko Sindrom Down – risiko sindrom down meningkat mengikut umur. Pada usia 45 tahun anggaran seorang dalam 50 akan melahirkan anak Sindrom Down berbanding jika wanita itu berusia 20 tahun, iaitu seorang dalam 2000. Pada masa kini terdapat beberapa ujian yang boleh dilakukan untuk memastikannya pada peringkat awal usia kandungan.

Beberapa ujian darah dan ujian mengukur ketebalan pada tengkuk bayi (nuchal translucency test) dapat mengukur risiko Sindrom Down pada kejituan hampir 90 peratus. Ujian ini dilakukan pada usia kandungan sembilan hingga 11 minggu. Ujian darah ‘triple test’ dilakukan pada usia kandungan 16 hingga 18 minggu tapi kejituan adalah dalam lingkungan 60 peratus saja. Amniosintesis perlu dilakukan jika ‘triple test’ ini tinggi. Oleh kerana rawatan untuk Sindrom Down ini adalah menggugurkan kandungan ini, maka ia memberi banyak dilema pada pasangan Islam.

3. Risiko perubatan seperti darah tinggi, kencing manis, jantung, asma, tiroid dan sebagainya adalah tinggi. Pada pendapat saya semua risiko dapat dikurangkan dengan menjalani ujian kesihatan terlebih dulu untuk memastikan tiada masalah perubatan yang boleh mengancam nyawa ketika mengandung. Jika ada kencing manis atau darah tinggi misalnya eloklah dikawal dengan baik sebelum mengandung.

Dr Suhaimi Isa, Pakar Perbidanan & Sakit Puan, Hospital Pantai Ampang.

Posted in TIPS | Tagged , , | Leave a comment

11th Anniversary

Semoga hidup kita dilimpahi keberkatan berpanjangan sehingga hujung nyawa.

| Leave a comment

Bisphenol A (BPA) : Kenapa Bahaya pada Bayi ?

(Credit: iStockphoto/Kathryn Gruber)

Teringat saya suatu ketika dahulu pernah hadir dalam seminar mengenai BPA di UM. Seorang penyelidik yang giat menjalankan penyelidikan mengenai BPA ini ialah Prof. Mustafa. Banyak kajian mengenai kesan BPA telah dijalankan ke atas haiwan, terutamanya tikus. Kalau dah pada tikus ada kesan, maka kita boleh beranggapan ia juga boleh berisiko pada manusia.

Apa itu Bisphenol A sebenarnya? BPA adalah salah satu bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan plastik. Contoh plastik yang mengandungi BPA adalah seperti botol susu, mainan kanak-kanak, botol minuman, bekas makanan dll.

BPA adalah kumpulan kimia yang dikenal sebagai Endocrine Disruptor (EDs). Dalam kuantiti yang sangat kecil sekalipun fungsi sistem endokrin dapat diganggu. Endokrin adalah sistem dalam tubuh yang mengawal fungsi hormon dalam tubuh seperti tumbesaran dan pelbagai fungsi organ. Risikonya boleh dikaitkan dengan pelbagai penyakit seperti diabetes, penyakit hati, keguguran, ketidaknormalan reproduktif , kanser prostat dan buah dada.

Langkah berjaga-jaga

1. Cari botol susu BPA-free yang dibuat daripada komponen polypropylene, polyamida, botol kaca (biasanya agak mahal sedikit!) dan paling terbaik beri susu ibu sepenuhnya.
2. Jangan mikrovave bekas makanan plastik polycarbonate. Ia mungkin tahan dan kuat tetapi lama kelamaan oleh kerana suhu yang tinggi, kemungkinan BPA akan terurai dan masuk dalam tubuh kita melalui makanan.
3. Polycarbonate BPA ada kod 7 di bawah botol.
4. Kurangkan penggunaan bekas plastik sebolehnya, gantikan dengan kaca lebih baik dan selamat.

Posted in PARENTING | Leave a comment

Gifted Hands

Terinsipirasi dengan filem ini yang ditayang di TV sebentar tadi..

Ini kisah benar tentang kehidupan seorang neurosurgeon, pakar otak terkemuka di Hospital John Hopkins, Dr Benjamin Carson. Pada usia semuda 32 tahun, beliau telah dilantik menjadi Pengarah Pediatric Neurosurgery. Satu keistimewaan beliau yang mungkin tiada pada orang lain ialah mempunyai persepsi deria 3D dan kebolehanan koordinasi mata dan tangan yang luar biasa.

Filem ini digarap secara flashback, awalnya dengan adanya kes bayi kembar siam. Seterusnyanya, kisah demi kisah menggambarkan perjalanan kehidupan Benjamin Carson dari kecil hingga menjadi doktor neurosurgeon terkenal, sehinggalah kejayaan Ben mengetuai pembedahan pemisahan kembar siam yang melekat dibahagian kepala.

Siapa watak utama di sebalik kejayaan Benjamin Carson? Dialah seorang ibu tunggal, keturunan kulit hitam, tidak berpelajaran tinggi, ditinggal suami, menyara kehidupan dengan menjadi tukang cuci di rumah-rumah orang. Hidup dalam zaman yang masih tebal dengan diskriminasi perbezaan warna kulit.

Sebagai ibu, saya merasa teruja dengan kekentalan, kasih sayang, perjuangan hidup dan pengorbanan Sonya Carson. Beliau ibu yang sangat sabar dan memberi sepenuh hidupnya untuk anak-anak. Begitu banyak pengajaran dan hikmah dalam filem ini.

Sonya berpesan kepada anak-anaknya, tidak ada orang yang bodoh. Setiap orang mempunyai bakat dan keistimewaan yang telah dianugarehkan oleh Tuhan untuk dimanfaatkan. Ben asalnya seorang yang agak keterbelakang di dalam kelas, akhirnya berjaya menjadi pelajar yang terbaik, mengalahkan pelajar lain yang berlatar belakang kehidupan lebih baik. Sonya Carson bertegas dalam soal pendidikan anak-anak, antaranya menghadkan masa melihat TV dan menyuruh anak membaca 3 buku seminggu.

Mesej filem ini “you can be anything you want to be”, semua manusia ada keistimewaan yang dianugerahkan oleh Tuhan, jangan mudah putus asa dengan kesempitan hidup, pasti ada jalan keluar dan kasih sayang Tuhan itu maha luas.

Untuk insan bergelar ibu, hadapi sebarang kesukaran tanpa menyerah kalah, anak-anak adalah aset, anugerah dan amanah Tuhan, utamakan mereka, setiap anak ada potensi yang pasti boleh diserlahkan.

Posted in SELFHELP | Tagged , | Leave a comment

Rayuan dihantar

Rayuan dihantar…
Harap Engkau mendengar
Engkau pasti Maha Mendengar
Cuma aku tidak pandai
Atau tidak cukup menyerah
rasa tidak pernah sempurna…

| Leave a comment

Dividen Tabung Haji 2010

2010 = 5.5%
2009 = 5%
2008 = 5%
2007 = 7%
2006 = 4.75%
2005 = 4.5%
2004 = 4.3%
2003 = 4.0%
2002 = 3.5%
2001 = 3.25%
1999 = 8 %
1998 = 8 %

Posted in NEWS | Leave a comment