SURAH AL WAQIAH

 Manusia begitu takut dengan kemiskinan, kepapaan dan ketidakcukupan keperluan hidup. Kita sering mengimpikan kestabilan hidup dan kebebasan kewangan. Hidup sentiasa tertekan dengan hutang keliling pinggang baik hutang kad kredit, hutang bank atau hutang along yang tidak berkesudahan.

Kita berusaha keras untuk keluar dari kemelut ini dengan berusaha berbagai cara. Namun kita lupa suatu wasiat yang diajar oleh Rasulullah S.A.W mengenai ‘sumber kekayaan dan perlindungan dari kefakiran’ -Surah Al Waqiah.

• Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

• Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

• Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

• Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Jadikanlah bacaan surah ini rutin dalam hidup. Luangkan sedikit masa hanya beberapa minit untuk membacanya. Surah yang pendek namun faedah yang sangat besar, sunnah yang dituntut. Baca di samping hayati maknanya.  Agar Tuhan mencukupkan apa yang selama ini tidak pernah cukup.

About these ads

About zah

Bukan insan luarbiasa.
This entry was posted in SELFHELP. Bookmark the permalink.

3 Responses to SURAH AL WAQIAH

  1. mohd fauzi musni says:

    salam…
    saya perlukan surah al mulk dan surah al waqiah dalam tulisan rumi.

    wassalam…..mohd fauzi

  2. mohd fauzi musni says:

    I need surah al waqiah and surah al mulk in rumi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s