Berfikir kritis

Pemikiran kritis ialah satu bentuk pemikiran yang tidak dengan begitu saja menerima atau mempersetujui sesuatu. Ianya lebih kepada bersifat mengkritik. Orang yang mempunyai pemikiran kritis akan memberikan perhatian terlebih dahulu terhadap sesuatu perkara atau isu yang dibincangkan sebelum memberikan pendapat mereka.
mereka yang mempunyai pemikiran ini juga amat berhati-hati di dalam membuat pilihan kerana mereka tidak mudah mnerima bulat-bulat sesuatu perkara. Biasanya orang yang mempunyai pemikiran kritis agak pendiam, tetapi amat berbisa.

Ciri Orang yang berfikiran kritis:

  • ikhlas pada diri sendiri, mengakui apa yang tidak diketahui, mengenali had kebolehan diri, dan berjaga-jaga akan kesilapan sendiri
  • menganggap masalah dan isu kontroveri sebagai cabaran yang merangsangkan
  • berusaha memahami sesuatu, sentiasa ingin tahu, sabar menghadapi konpleksiti, dan bersedia mencurahkan masa untuk mengatasi kebingungan
  • mengetepikan pilihan peribadi dan berasaskan penilaian atas bukti; menanggungkan keputusan jika bukti tidak mencukupi, mengubah keputusan apabila bukti baru menunjukkan kesilapan
  • meminati idea orang lain, sanggup membaca dan mendengar dengan berhati-hati walaupun ia tidak bersetuju dengan orang lain
  • mengenali bahawa pandangan-pandangan ekstrim jarang tepat; cuba mengelakkan pandangan demikian; mengamalkan pendirian yang tidak berat sebelah
  • lebih mengawal dan menahan perasaan daripada dikawal emosi; berfikir sebelum bertindak

Ilmu Pemikiran Kritis juga membolehkan selain menganalisa hujah (hujah yang kuat atau lemah, teori berguna atau menyangkalnya), kita juga berupaya berhujah dengan berkesan sekali. Hakikatnya ia mampu membuatkan kita berhujah dengan baik atau menganalisa hujah dengan lengkap.

Pemikiran Kritis menjadikan kita lebih kritis dan peka dalam mengkaji sesebuah hujah ataupun penyataan yang dikeluarkan secara pengucapan ataupun penulisan. Ia dapat menyedarkan kita bahawa sesebuah penyataan itu tidak semestinya benar walaupun konteks struktur penyataannya adalah betul.

Pemikiran kritis juga mampu membuka minda kita agar lebih menerima berbanding terus menolaknya secara falasi kejahilan. Kita akan lebih berkeyakinan dalam menangani permasalahan serta jelas dalam melihat sesuatu fenomena.

Berfikir secara kritikal membimbing pemikir ke arah kebenaran. Puncak kepada berfikir menemukan manusia mengenai kebenaran. Proses berfikir kritikal membolehkan seseorang membezakan yang benar dengan yang salah, yang buruk dengan yang baik, yang bermanfaat dan bermusibat, yang memberi faedah atau mendatangkan padah dan sebagainya. Sudah tentu asas yang memberikan kemampuan seseorang berfikir kritikal ialah ilmu, maklumat, pengalaman, pertukaran pandangan dan dalam tradisi Islam diakhiri dengan hikmah. Hikmahlah merupakan jalan terbaik membimbing manusia menemui kebenaran.

About zah

Bukan insan luarbiasa.
This entry was posted in SELFHELP. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s