Kerosakan Gigi di kalangan Kanak-kanak

Saya banyak terjumpa anak-anak yang mengalami kerosakan gigi yang teruk akibat dental caries. Ada yang rosak gigi sikit-sikit. Ada yang terlalu teruk sehingga semua gigi tu tiada seperti dimakan ulat. Bukan seorang anak sahaja yang mengalami kerosakan gigi, tetapi hampir semua adik beradik mempunyai masalah yang serupa.

Walaupun saya bukanlah doktor gigi, tetapi kebersihan mulut ataupun oral hygiene adalah perkara yang perlu bagi seorang kanak-kanak. Saya percaya bukan doktor gigi juga mahukan kebersihan mulut yang terbaik untuk anak-anak anda.

Saya berasa sedikit sedih bila ibu-bapa mempersalahakan anak-anak akibat gigi anak-anak yang rosak.

“Itulah, malas nak gosok gigi”.

“Mana tak rosak doktor, hari-hari dia makan gula-gula. Dah larang dah… bukannya nak dengar!”.

Kenapa salahkan anak anda sekiranya gigi mereka rosak? Bukankah kesalahan itu sepatutnya di atas bahu anda?

Untuk peringatan anda, anak itu baru berumur 3 atau 4 tahun. Mustahil anda tidak dapat mengawal perilaku anak anda yang berumur baru berumur 3 tahun! Kalau umur 3 tahun pun dah tak boleh kawal dan tidak ada disiplin, bagaimana bila berumur 15 tahun nanti? Bukankah lebih susah untuk mengawal mereka.

Kanak-kanak memang secara semulajadinya suka makan gula-gula. Gula-gula adalah makanan pemberi tenaga dan mereka pula dalam keadaan sangat-sangat aktif. Adakah anda akan menyalahkan anak anda sekiranya mereka suka makan gula-gula atau coklat. Anda juga pernah jadi kanak-kanak dahulu, dan rasa bagaimana seronoknya kalau ibu ayah kita membelikan kita aiskrim dan gula-gula. Mana ada anak-anak yang tak suka gula-gula?

Sekiranya mereka diterapkan dengan amalan menggosok gigi pada setiap hari, saya yakin InsyaAllah tiada masalah untuk menjaga gigi anak-anak ini. Walaupun ada di antara mereka akan menangis dan mengganggu sedikit ketenteraman anda, itu adalah salah satu “side effect” menjadi ibu bapa, bukan?

Memang betul, adalah penting untuk mengawal pengambilan gula. Bukan sahaja kepada kanak-kanak kecil tetapi kepada ibu-bapa mereka juga. Ini anak-anak makan gula-gula bukan main marah sekali kita tetapi kita pula sedap-sedap sahaja menogok air coke 2-3 tin sehari. Sekiranya kita ingin mengawal penggunaan gula kepada anak-anak pastikan kita juga mengawal penggunaan gula kepada diri kita sendiri.

Jadi tabiat yang baik ini kita boleh beri contoh kepada anak-anak. Sedikit-sedikit kita akan beritahu kepada mereka akibat buruk mengambil gula secara berlebihan di dalam makanan. Dengan contoh daripada anda sendiri InsyaAllah akan ada kesannya.

Tabiat yang buruk ketika mempunyai gigi susu boleh terbawa-bawa kepada gigi kekal. Jangan nanti bila dia sudah berakal, dia akan salahkan anda pula kerana anda tidak pandai menjaga giginya semasa dia kecil.

Dipetik dari: http://drazwan.blogspot.com

About zah

Bukan insan luarbiasa.
This entry was posted in PARENTING. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s