Lupa..Hilang

Seperti biasa sebelum pulang ke rumah dari pejabat aku singgah ke kedai runcit untuk membeli barang-barang keperluan. Ababila tiba masa nak bayar, aku meraba-raba beg duit dalam handbag… Alamak ! mana beg duit aku.. macam mana nak bayar ni, nasib baik ada sampul duit raya anak-anak masih aku simpan, cadangnya nak masukkan dalam tabung haji mereka. Selesai transaksi jual beli aku bergegas pulang.

Perasaan bercampaur baur. Panik, risau, bimbang, kesal, dan huru hara sebentar kehidupan aku ketika itu. Terbayang kesusahan mengurus kehidupan tanpa kad-kad plastik dalam beg duit itu.

Balik rumah terus cuba mengingati bila kali terakhir aku keluarkan beg duit. Cari di rumah tak jumpa, pergi ke kedai runcit Wak, tanya Wak ada nampak tak beg duit saya tertinggal, Wak kata tak ada.

Buka puasa ala kadar, solat maghrib, telefon bank…tiada transaksi…boleh blok kad kredit, tapi tak boleh blok sementara,, kena apply kad baru… bayar 50 ringgit. Tak jadi blok. Cuba cari pagi esok kalau-kalau tinggal di pejabat..

Tawakal…dan berdoa.. moga Allah selamatkan beg duit aku.. dan segala isinya.

Pagi itu aku ke pejabat dengan doa dan harapan. Bismillah.. buka pintu bilik pejabat..Subhana Allah.. Alhamdulillah

Beg itu betul-betul berada di atas meja, sebelah telefon. Bila aku letak di situ memang aku lupa..

Tuhan yang telah melupakan ingatan aku yang selalu melupakanNYA. Tuhan tidak sesekali lupakan aku, terima kasih atas pengajaran yang bermakna ini.

About zah

Bukan insan luarbiasa.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s