Gifted Hands

Terinsipirasi dengan filem ini yang ditayang di TV sebentar tadi..

Ini kisah benar tentang kehidupan seorang neurosurgeon, pakar otak terkemuka di Hospital John Hopkins, Dr Benjamin Carson. Pada usia semuda 32 tahun, beliau telah dilantik menjadi Pengarah Pediatric Neurosurgery. Satu keistimewaan beliau yang mungkin tiada pada orang lain ialah mempunyai persepsi deria 3D dan kebolehanan koordinasi mata dan tangan yang luar biasa.

Filem ini digarap secara flashback, awalnya dengan adanya kes bayi kembar siam. Seterusnyanya, kisah demi kisah menggambarkan perjalanan kehidupan Benjamin Carson dari kecil hingga menjadi doktor neurosurgeon terkenal, sehinggalah kejayaan Ben mengetuai pembedahan pemisahan kembar siam yang melekat dibahagian kepala.

Siapa watak utama di sebalik kejayaan Benjamin Carson? Dialah seorang ibu tunggal, keturunan kulit hitam, tidak berpelajaran tinggi, ditinggal suami, menyara kehidupan dengan menjadi tukang cuci di rumah-rumah orang. Hidup dalam zaman yang masih tebal dengan diskriminasi perbezaan warna kulit.

Sebagai ibu, saya merasa teruja dengan kekentalan, kasih sayang, perjuangan hidup dan pengorbanan Sonya Carson. Beliau ibu yang sangat sabar dan memberi sepenuh hidupnya untuk anak-anak. Begitu banyak pengajaran dan hikmah dalam filem ini.

Sonya berpesan kepada anak-anaknya, tidak ada orang yang bodoh. Setiap orang mempunyai bakat dan keistimewaan yang telah dianugarehkan oleh Tuhan untuk dimanfaatkan. Ben asalnya seorang yang agak keterbelakang di dalam kelas, akhirnya berjaya menjadi pelajar yang terbaik, mengalahkan pelajar lain yang berlatar belakang kehidupan lebih baik. Sonya Carson bertegas dalam soal pendidikan anak-anak, antaranya menghadkan masa melihat TV dan menyuruh anak membaca 3 buku seminggu.

Mesej filem ini “you can be anything you want to be”, semua manusia ada keistimewaan yang dianugerahkan oleh Tuhan, jangan mudah putus asa dengan kesempitan hidup, pasti ada jalan keluar dan kasih sayang Tuhan itu maha luas.

Untuk insan bergelar ibu, hadapi sebarang kesukaran tanpa menyerah kalah, anak-anak adalah aset, anugerah dan amanah Tuhan, utamakan mereka, setiap anak ada potensi yang pasti boleh diserlahkan.

About zah

Bukan insan luarbiasa.
This entry was posted in SELFHELP and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s