Apakah Risiko hamil di Usia 40-an ?

Kesuburan wanita akan mula menurun selepas berusia 35 tahun. Ini berpunca dari masalah telur-telur/ovum-ovum yang kurang respon kepada hormon FSH yang penting untuk perkembangan mereka. Disamping itu juga jumlah ovum-ovum sudah berkurangan. Ketidakkesuburan ini ditunjukkan dengan haid yang tidak menentu.

Berlainan dengan kesuburan lelaki, sperma-sperma baru sentiasa terhasil setiap 90 hari dan tidak pupus sampai ke tua.

Wanita yang sudah berusia jika hamil mempunyai beberapa risiko;

1. Risiko peringkat awal mengandung adalah termasuk keguguran, anak pramatang, kembar dan uri rendah. Ini berpunca dari masalah genetik yang mana persenyawaan tidak terjadi secara normal dan juga kemungkinan fibroid pada rahim yang mengganggu kandungan.

2. Risiko Sindrom Down – risiko sindrom down meningkat mengikut umur. Pada usia 45 tahun anggaran seorang dalam 50 akan melahirkan anak Sindrom Down berbanding jika wanita itu berusia 20 tahun, iaitu seorang dalam 2000. Pada masa kini terdapat beberapa ujian yang boleh dilakukan untuk memastikannya pada peringkat awal usia kandungan.

Beberapa ujian darah dan ujian mengukur ketebalan pada tengkuk bayi (nuchal translucency test) dapat mengukur risiko Sindrom Down pada kejituan hampir 90 peratus. Ujian ini dilakukan pada usia kandungan sembilan hingga 11 minggu. Ujian darah ‘triple test’ dilakukan pada usia kandungan 16 hingga 18 minggu tapi kejituan adalah dalam lingkungan 60 peratus saja. Amniosintesis perlu dilakukan jika ‘triple test’ ini tinggi. Oleh kerana rawatan untuk Sindrom Down ini adalah menggugurkan kandungan ini, maka ia memberi banyak dilema pada pasangan Islam.

3. Risiko perubatan seperti darah tinggi, kencing manis, jantung, asma, tiroid dan sebagainya adalah tinggi. Pada pendapat saya semua risiko dapat dikurangkan dengan menjalani ujian kesihatan terlebih dulu untuk memastikan tiada masalah perubatan yang boleh mengancam nyawa ketika mengandung. Jika ada kencing manis atau darah tinggi misalnya eloklah dikawal dengan baik sebelum mengandung.

Dr Suhaimi Isa, Pakar Perbidanan & Sakit Puan, Hospital Pantai Ampang.

About these ads

About zah

Bukan insan luarbiasa.
This entry was posted in TIPS and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s